/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Monday 10 September 2012

Pin It

Sukar Hamil? Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

anak-itu-suci

Lama dahulu saya pernah menulis tentang keajaiban penciptaan bayi yang bermula dengan proses persenyawaan sel ovum dan sel sperma (KLIK SINI).Tak dinafikan ramai yang bertanya dengan lebih lanjut berkaitan dengan kesuburan. Saya akui saya bukan doktor pakar tetapi saya pernah berada di situasi yang sama. Jadi saya hanya membantu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya.

Kesuburan bukanlah masalah wanita sahaja kerana walaupun tidak ramai yang sanggup akui, lelaki juga berdepan dengan masalah kesuburan. Kesuburan wanita dikaitkan dengan keupayaan wanita menghasilan sel ovum matang yang sempurna, kekuatan tisu rahim untuk menampung kandungan dan kestabilan hormon. Kesuburan lelaki pula berkait rapat dengan keupayaan lelaki untuk menghasilkan sel sperma yang sihat, sempurna dan kuat serta kestabilan hormon lelaki.

Tidak ramai yang sedar bahawa selain ketentuan Allah, faktor nutrisi juga memainkan peranan penting dalam aspek kesuburan. Saya juga pernah berkongsi tentang vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan kita untuk memastikan kesuburan di tahap optimum (KLIK SINI)

Supplement Kesuburan Wanita

1. GLA Complex

  • Mengembalikan keseimbangan hormon wanita
  • Melancarkan period
  • Membentuk persekitaran rahim yang sihat bagi memanjang jangka hayat sel sperma sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan.

2. ESP

  • Membantu membentuk tisu rahim yang sihat
  • Membantu membentuk sel ovum yang sihat dan sempurna untuk meningkatkat peluan persenyawaan

 

Supplement Kesuburan Lelaki

1. Zink

  • Mengembalikan keseimbangan hormon lelaki
  • Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna.

2. Vitamin E

  • Mengembalikan keseimbangan hormon lelaki
  • Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna
  • Vitamin E Shaklee juga dilengkapi dengan selenium di mana selenium adalah penting untuk memastikan sel sperma terbentuk dan berfungsi dengan sempuna.

3. Vitamin C

  • Mengelakkan masalah sel sperma bergumpal yang akan menghalang sel sperma dari bersenyawa dengan sel ovum.
  • Bagi perokok, anda memerlukan Vitamin C lebih dari mereka yang lain

Kesuburan Wanita & Lelaki

 

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri, selepas 3 tahun merancang, baru saya dan suami berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Saya menggunakan Ovulation Test untuk mengetahui bila waktu saya subur dan setiap bulan saya dapati saya memang berupaya untuk menghasilkan sel ovum, tapi masih belum hamil. Tanpa pengetahuan saya, suami saya mengkaji tentang kesuburan lelaki dan dia akhirnya mengambil supplement untuk membantu kesuburan. Kini kami telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang sihat dan comel. Dan baru 2 hari lepas saya tahu yang suami saya amalkan supplement utk kesuburan.

Katanya, dia tidak risau akan kesuburan kami tapi kalau ada cara untuk bantu hasilkan sel pembiakan terbaik, apa salahnya kalau amalkan. Menurutnya lagi setelah 2 bulan dia mengamalkan supplement, saya disahkan hamil. Itu mungkin satu kebetulan dan mungkin memang juga Allah hendak memberikan kami zuriat tetapi pengambilan supplement juga adalah salah satu usaha yang kami lakukan untuk menambahkan kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil. Kehamilan memerlukan sel ovum dari wanita dan sel sperma dari lelaki. Jadi tahap kesuburan yang optimum adalah sama penting untuk lelaki dan wanita.

 

Ini pula kisah gembira mereka yang telah mencuba dan berjaya.

Testimoni 1:

pregnant copy

 

Testimoni 2:

pregnant 2 copy

 

Ya, memang benar anak itu adalah rezeki dari Allah. Tapi tidak salah jika kita sendiri berusaha dari segi fizikal untuk menigkatkan tahap kesuburan bagi meningkatkan peluang untuk hamil. Di samping itu sentiasa berdoa pohon dikurniakan rezeki zuriat dan bertawakallah kepada kekuasaan dan rezekiNya.

Buat pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat, amalkanlah ayat ini dalam doa anda mudah-mudahan cepat dikurniakan cahaya mata.

ayat zuriat

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^

Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya
Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment