/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Wednesday 26 September 2012

Pin It

Tips Penyusuan: Bagaimana Mengumpulkan Stok EBM Yang Banyak?

17096

  Alhamdulillah kini semakin ramai ibu-ibu di luar sana yang menyedari dan menyokong penyusuan susu ibu. Lazimnya ibu-ibu bekerjaya akan risau tentang mampukah atau sempatkah nak kumpul stok EBM yang banyak untuk baby apabila dah mula kerja nanti. Jadi ini saya kongsikan tips-tips yang jika diamalkan sejak dalam pantang lagi, insyaAllah susu memang meriah dan anda akan berjaya mengumpulkan stok EBM yang banyak buat si manja.

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Berfikiran positif dan berazam sejak mengandung lagi yang anda mampu menyusukan bayi anda secara eksklusif.

2. Mesti yakin dan berkeinginan tinggi untuk meyusukan anak

3. Susukan bayi sebaik lahir

  • 1 jam pertama kelahiran adalah tempoh penting untuk anda ‘direct feed’ bayi anda
  • susu awal ibu yang di panggil ‘colostrum’ (cecair pekat kekuningan) mengandungi antibodi yang sangat banyak yang amat diperlukan oleh bayi

4. Tujuh hari pertama kelahiran hanya ‘direct feed’ bayi anda

  • elakkan penggunaan pump dan botol susu kerana boleh menghalang proses penghasilan susu secara semulajadi
  • pemberian susu formula dan air kosong dilarang sama sekali
  • tempoh ini penting untuk membina hubungan antara ibu dan anak serta untuk melatih ibu mengenali rutin penyusuan anak

5. Pastikan bayi anda disusukan sekerap mungkin (on-demand)

  • jangan susukan mengikut jadual
  • tapi jika bayi suka tidur, kejutkan 2-3 jam sekali untuk disusukan

6. Jika bayi anda sudah boleh ‘direct feed’ dengan baik dalam tempoh seminggu itu, mulakan sesi pump sebaik memasuki minggu ke-2.

  • jika dalam seminggu pertama bayi masih belum belajar ‘direct feed’, pastikan bayi sudah selesa dengan direct feding sebelum mulakan sesi pump. Ini penting supaya proses penghasilan susu secara semulajadi tidak terganggu

7. Bayi kerap sangat menyusu, macam mana saya nak pump? Tipsnya mudah saja

  • bayi menyusu sebelah kanan, ibu pump sebelah kiri atau sebaliknya (teknik ini dipanggil Tandem Nursing). Dengan Tandem Nursing ini, kedua-dua belah payudara di rangsang serentak dan hasilnya anda akan lihat susu lebih cepat dan banyak terhasil.
  • jika bayi menyusu kedua-dua belah, ibu pump lepas bayi habis menyusu hingga breast kosong.
  • apabila breast kosong, badan akan mendapat signal untuk percepatkan lagi penghasilan susu
  • untuk teknik-teknik pump banyakkan susu KLIK SINI

8. Kesilapan yang sering dibuat adalah pump bila breast penuh. Itu salah ya.

  • pump mesti konsisten ikut jadual anda sendiri
  • amalan pumping bila breast penuh akan menghantar signal pada otak bahawa bayi tidak perlukan susu yang banyak, dan hasilnya badan kurangkan penghasilan susu

9. Kesilapan lain adalah pump bila susu keluar dan berhenti pump bila susu berhenti mengalir. Ini teknik pump yang salah

  • pump mesti ikut jadual dan jangan tunggu susu keluar atau breast penuh/bengkak
  • bila susu berhenti mengalir, ibu harus teruskan sesi pump setiap breast 20-30 minit. Maknanya sebelah kanan 20-30 minit dan sebelah kiri juga
  • walaupun susu hanya keluar 5 minit pertama anda teruskan juga pump kerana ia akan beri signal pada otak bahawa bayi perlukan lebih banyak susu. Hasilnya otak menghantar signal pada badan untuk hasilkan lebih banyak susu

10. Patuhi konsep asas penyusuan Demand & Supply

  • lebih kerap anda ‘direct feed’ dan pump, lebih kerap anda kosongkan breast, lebih cepat dan banyak susu terhasil. Maka lebih banyak stok EBM anda

11. Minum air kosong minimum 3L sehari kerana air komponen utama susu ibu. Kurang air kuranglah susu

12. Ibu pastikan badan cukup rehat, tidak tertekan dan jangan stress. Minda mesti sentiasa positif dan emosi mesti ceria. Badan yang penat dan tertekan, minda yang negatif dan emosi yang tidak sihat punca utama susu merudum.

13. Ibu mesti jaga pemakanan agar seimbang, kaya dengan semua zat yang diperlukan dan tinggi protein serta kalsium.

  • jangan terlalu diet sebab badan ibu yg kurang zat punca susu merudum
  • susu ibu adalah apa yang ibu makan dan kurangnya khasiat dalam pemakanan si ibu maka kuranglah khasiat dalam susu ibu

14. Jangan malas untuk pump. Buat ibu yang bekerja, jangan jadikan tiada masa untuk pump satu alasan. Jika anda malas untuk pump anda boleh lupakan hasrat untuk menyusukan anak dengan susu ibu.

15. Berdoalah kepada Allah mohon dimurahkan rezeki susu untuk anak dan dipermudahkan proses penyusuan. Sentiasa berzikir kepadaNya. Dialah Maha Pemurah dan dialah Maha Pemberi Rezeki

Buat ibu-ibu yang sukar dan tiada masa untuk pastikan pemakanan anda seimbang atau ibu-ibu yang mahu mempercepat dan banyakkan lagi penghasilan susu ibu, pengambilan supplement Shaklee adalah jawapan tepat untuk anda. Jika diamalkan dengan konsisten sejak awal dan ikut panduan yang diberi insyaAllah hasil stoknya sangatlah lumayan.

Jemput baca pengalaman ibu-ibu ini

 

Testimoni 1: Pn Shima

3M Shima pic copy

3M Shima testi copy

3M4 copy

 

Testimoni 2:

Set 3M copy

 

Testimoni 3:

set 3M1 copy

 

Testimoni 4:

setbf3 copy

 

Alhamdulillah semua ibu-ibu ini mengamalkan set 3M yang merupakan set penyusuan paling lengkap dan hebat. Selain untuk ibu-ibu yang nak buat stok susu, Set 3M ni amat digalakkan untuk ibu yang alami susu merudum atau ibu yang penghasilan susunya tidak cukup untuk baby. Hati ibu mana yang tak gembira tengok stok bukan main banyak lagi untuk baby kan. Nak pergi kerja atau outstation pun tenang je hati.

Tetapi syarat utama ibu WAJIB pump ya.. kalau tak ambil lah supplement banyak mana dan minum air kosong sampai 4L pun kalau ibu tak pump, susu tetap sikit.

Jika dalam budget anda tidak perlu risau. Hanya hubungi saya dan saya pasti bantu anda. Dan jangan lupa Special Offer sedang berlangsung di LifeFit.my. Jadi buat ibu yang nak mencuba inilah masa terbaik untuk anda. Promosi/tawaran ini hanya dari LifeFit.my dan tiada sebarang perkaitan dengan Shaklee atau pihak-pihak lain.

Untuk testimoni lain set 3M KLIK SINI

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment