/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Thursday 5 April 2012

Tips Melancarkan Penyusuan Susu Ibu

1. Tambah masa dan kekerapan

  • Asas utama dalam penyusuan susu ibu adalah Demand & Supply. Lebih kerap menyusukan dan pump, lebih banyak susu dihasilkan. Cuba pump setiap kali selepas bayi menyusu. Antara masa terbaik untuk pump adalah antara waktu malam ke pagi kerana hormon prolaktin yang tinggi ketika ini. Ambil sedikit masa untuk pump setiap kali lepas bangun tidur. Pump juga mesti konsisten mengikut jadual kerana ini akan melatih badan anda menghasilkan susu pada masa yang ditetapkan. Buat jadual perahan dan catatkan hasil perahan anda setiap kali selepas pump supaya anda dapat melihat perubahannya.