/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Tuesday 31 January 2012

Susu Ibu vs Susu Formula


“Jika seorang wanita menyusukan anaknya sehingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya”.

Saturday 28 January 2012

Susu Lebih Banyak dan Pekat dari 4oz Ke 9oz. Apa Caranya?

Penyusuan Set B

Ramai ibu yang menghubungi saya untuk mencari penyelesaian bagi masalah penyusuan yang mereka alami termasuklah penghasilan susu yang sedikit, susu yang cair atau tiada susu langsung. Pada saya anda semua adalah ibu yang terbaik kerana anda mahu memberikan nutrisi terbaik buat si manja anda. Jika anda salah seorang dari mereka, jemput baca bagaimana ibu-ibu ini mengatasi masalah penyusuan mereka.

Friday 27 January 2012

Tips Untuk Penyusuan Lancar Selepas Bersalin


Proses penyusuan bukanlah perkara mudah lebih-lebih lagi buat ibu yang baru pertama kali melaluinya. Tanpa ilmu di dada dan sokong padu suami dan keluarga terutamanya, ramai ibu yang gagal menyusukan bayi sebaik bersalin. Semoga tips di bawah membantu bakal ibu di luar untuk memulakan penyusuan susu ibu sebaik bersalin:

Thursday 26 January 2012

Set Penyusuan


Set Breastfeeding Shaklee terbukti telah banyak membantu ibu-ibu menyusu di luar sana yang mengalami masalah penyusuan. Terdapat 4 set berbeza dan di sini saya ringkaskan fungsi setiap set dan siapa yang sesuai menggunakannya.

Saturday 21 January 2012

10 Kelebihan Susu Ibu

Susu ibu merupakan nutrisi paling lengkap dan paling berkhasiat buat bayi. Sungguh pun para pengeluar susu formula berlumba-lumba menghasilan susu formula yang dikatakan paling berkhasiat, tetapi hakikatnya tiada satu pun susu formula di pasaran yang boleh menandingi khasiat-khasiat yang terkandung di dalam susu ibu.

Friday 20 January 2012

Masalah Hb Rendah. Apa Cara Mengatasinya?

Kehamilan Set Eu-Four Pack

Di dalam artikel lepas saya ada menulis tentang masalah hemoglobin (Hb) rendah di kalangan ibu hamil. Ramai ibu yang mengambil vitamin dari klinik/hospital tetapi gagal menaikkan tahap Hb mereka. Dulu, saya salah seorang darinya. Saya mengambil Obimin Pluz dan minum susu 2 gelas sehari tetapi Hb sy tetap tidak berubah. Kemudian masalah Hb saya berjaya diatasi dalam masa kurang 1 minggu. Apa yang saya lakukan?

Susu Meriah, Badan Cergas dan Bertenaga Semasa Berpantang. Apa Rahsianya?

 

herbal_compress_thumb

 Di dalam artikel lepas, saya ada menulis tentang pengambilan supplement sebagai alternatif kepada jamu untuk digunakan semasa berpantang. Mesti ramai ibu tertanya boleh ke ganti dengan supplement? Sama ke kesannya? Elokkah supplement ni untuk berpantang sedangkan orang tua-tua kita dah berzaman makan jamu semasa pantang?

Thursday 19 January 2012

Supplement Alternatif Kepada Jamu Buat Ibu Berpantang



Adat Melayu turun-termurun menitikberatkan amalan berpantang demi mengembalikan tenaga dan kesihatan dalaman ibu bersalin. Selain berbengkung, mengurut, bertangas dan bertungku, amalan berpantang Melayu dikatakan tidak lengkap tanpa pengambilan jamu. 

Namun tidak dinafikan ramai ibu-ibu sekarang tidak boleh makan jamu kerana bau yang kuat serta rasa yang pahit dan pedas. Ramai juga yang memaksa diri untuk menelan jamu kerana mengikut kelaziman berpantang. Tetapi kini, ibu yang baru lepas bersalin mempunyai alternatif lain untuk mengembalikan tenaga dan kesihatan dalaman, iaitu dengan mengambil supplement. Kenapa supplement?

Wednesday 18 January 2012

9 Langkah Ke Arah Kehamilan Sihat


Setiap ibu hamil pasti mahukan proses kehamilan yang sihat tanpa sebarang komplikasi. Anda boleh meningkatkan peluang anda untuk menikmati kehamilan yang sihat dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini.

Tuesday 17 January 2012

Kesan Kekurangan Nutrisi Semasa Hamil Kepada Ibu dan Bayi




Ibu hamil sering diingatkan untuk mengambil diet seharian yang lengkap dengan zat, vitamin dan mineral penting untuk menyokong kesihatan ibu dan tumbesaran bayi sepanjang kehamilan. Tetapi apakah kesannya kepada ibu dan bayi jika ibu kekurangan nutrisi-nutrisi penting tersebut? 

Saturday 14 January 2012

Punca dan Akibat Hemoglobin Rendah Ketika Hamil


Zat besi diperlukan dalam menghasilkan hemoglobin yang merupakan sejenis protein di dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke sel-sel badan ibu dan juga kepada bayi dalam kandungan. Semasa hamil, keperluan zat besi turut meningkat bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin, selain diperlukan untuk pembesaran bayi dan plasenta (uri). Kuantiti zat besi yang diperlukan semasa hamil meningkat sehingga 18mg ke 27mg sehari.

Friday 13 January 2012

Nutrisi Penting Buat Ibu Hamil

                  

Sepanjang tempoh kehamilan, pemakanan yang sihat dan seimbang yang mengandungi kesemua vitamin dan mineral adalah sangat penting. Malah apabila ibu-ibu memasuki fasa terakhir kehamilan, kesemua nutrisi digunakan sepenuhnya untuk menyokong kesihatan ibu, menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi serta menyediakan badan si ibu untuk menghasilkan susu badan. Oleh itu sepanjang tempoh kehamilan, keperluan bagi sesetengah nutrisi akan turut meningkat antaranya:

Nutrisi Penting Buat Ibu Menyusukan

Tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang selepas bersalin adalah bertambah penting berbanding ketika hamil lebih-lebih lagi kepada ibu yang menyusu badan. Proses penyusuan tidak hanya memerlukan banyak tenaga tetapi juga nutrisi secukupnya. Pengamalan diet yang sihat dan seimbang akan membekalkan ibu dan bayi dengan zat dan nutrisi yang diperlukan dan juga membolehkan ibu terus menghasilkan susu badan. Selain daripada air dan tenaga, antara nutrisi penting yang diperlukan dalam kuantiti secukupnya oleh ibu menyusu adalah: