/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Thursday 27 September 2012

Tips Untuk Kulit Cantik, Badan Sihat Bertenaga, Anjal &Kembali Langsing, Susu Ibu Makin Banyak, Pekat & Baby Cepat Kenyang?

ESP Special Offer copySalam semua.. wahhh baca tajuk di atas macam-macam kan. Mesti ada yang tertanya apa yang perlu dibuat untuk dapat semua tu. Jawapan sebenarnya ringkas je.. anda haruslah mengamalkan pemakanan yang penuh khasiat dan seimbang, rajin bersenam untuk tingkat metabolisme badan agar badan kekal langsing dan amalkan makanan yang kaya dengan protein bagi pembentukan sel yang sihat.

Haaa senang kan caranya untuk dapatkan semua khasiat di atas tu.. hehe nampak senang tapi bukan mudah. Dengan kesibukan harian dan cara hidup zaman sekarang yang asyik terkejar-kejar je, mampukah kita pastikan diet seharian seimbang atau kita mampu bersenam paling 20 minit setiap hari atau makanan yang kita ambil mengandungi protein dan zat lengkap. Hmmm tepuk dada tanya lah diri masing-masing. Tiap-tiap hari pun restoran Fast food penuh je dengan orang kan.

Wednesday 26 September 2012

Tips Penyusuan: Bagaimana Mengumpulkan Stok EBM Yang Banyak?

17096

  Alhamdulillah kini semakin ramai ibu-ibu di luar sana yang menyedari dan menyokong penyusuan susu ibu. Lazimnya ibu-ibu bekerjaya akan risau tentang mampukah atau sempatkah nak kumpul stok EBM yang banyak untuk baby apabila dah mula kerja nanti. Jadi ini saya kongsikan tips-tips yang jika diamalkan sejak dalam pantang lagi, insyaAllah susu memang meriah dan anda akan berjaya mengumpulkan stok EBM yang banyak buat si manja.

Thursday 20 September 2012

Anak Susah Nak Makan? Sering Sakit? Berat Badan Susah Naik?

Mealshake

 Kesihatan anak sentiasa menjadi fokus utama ibu bapa. Mana tidaknya kalau anak selesema sikit pun ibu dah sibuk cari ubat kan. Apatah lagi kalau anak-anak jenis susah nak makan atau ‘picky eater’. Asyik nak makan makanan ringan je. Nasi, sayur buah semua tolak tepi. Sebagai ibu, mesti risau kalau anak tidak mendapat zat dan nutrisi penting yang diperlukan utk tembesarannya kan.

Tambahan pula bagi ibu yang bekerja, anak sering demam atau selesema itu memang perkara biasa kan. Kadang-kadang kita pun naik hairan. Baru je baik dah demam/selesema balik. Tapi mana tidaknya, bila ke sekolah atau taska, memang mudah berjangkit dengan rakan-rakan lain.

Wednesday 19 September 2012

Tips Penyusuan: Merealisasikan Penyusuan Eksklusif Susu Ibu

ibu menyusu

Ramai ibu yang sememangnya berniat untuk menyusukan bayi secara eksklusif tapi ramai juga yang gagal. Ya, bukan mudah untuk menyusukan bayi secara eksklusif apatah lagi buat ibu yang beranak sulung. Sebab itulah jika anda berazam untuk menyusukan bayi secara eksklusif, persediaan haruslah dimulakan semasa mengandung lagi. Yang paling penting anda haruslah mengumpulkan seberapa banyak ilmu tentang proses penyusuan kerana bila menyusu dengan ilmu insyaAllah anda akan berjaya.

Apa itu Penyusuan Eksklusif Susu Ibu?

  • Penyusuan eksklusif susu ibu bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama.
  • Nak tahu kenapa pentingnya susu ibu? Klik sini

Tuesday 11 September 2012

Jana Income Besar Dari Rumah

200257656-002

Salam semua. Rasanya nama Shaklee mungkin sudah tidak asing lagi buat kebanyakan anda. Lebih-lebih lagi yang selalu berFacebook ni kan. Pengedar Shaklee memang sangat ramai di Facebook ni. Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya, best ke jual Shaklee ni? Ini saya kongsikan kisah saya dengan anda semua.

Monday 10 September 2012

Sukar Hamil? Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

anak-itu-suci

Lama dahulu saya pernah menulis tentang keajaiban penciptaan bayi yang bermula dengan proses persenyawaan sel ovum dan sel sperma (KLIK SINI).Tak dinafikan ramai yang bertanya dengan lebih lanjut berkaitan dengan kesuburan. Saya akui saya bukan doktor pakar tetapi saya pernah berada di situasi yang sama. Jadi saya hanya membantu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya.

Kesuburan bukanlah masalah wanita sahaja kerana walaupun tidak ramai yang sanggup akui, lelaki juga berdepan dengan masalah kesuburan. Kesuburan wanita dikaitkan dengan keupayaan wanita menghasilan sel ovum matang yang sempurna, kekuatan tisu rahim untuk menampung kandungan dan kestabilan hormon. Kesuburan lelaki pula berkait rapat dengan keupayaan lelaki untuk menghasilkan sel sperma yang sihat, sempurna dan kuat serta kestabilan hormon lelaki.

Tuesday 4 September 2012

Dengan Set 3M, Susu Bertambah 2x Ganda, Kulit Cantik, Keputihan Tiada Lagi..

you-can-breastfeed-your-baby-web

Salam Syawal buat semua pembaca setia LifeFit.my. Dah sekian lama rasanya tak update blog. Rindu rasa…hehe.. Hari ini saya nak berkongsi lagi tentang Set 3M. Ya, set 3M ini lah set penyusuan terbaik kami, set yang paling lengkap, paling cepat dan paling hebat kesannya pada penyusuan.

Kenapa? Kerana ia mengandungi kesemua vitamin asas yang diperlukan oleh badan ibu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak, lebih pekat dan lebih berkhasiat.

Dan set ini juga lengkap dengan ketiga-tiga milk-booster yang diperlukan oleh badan ibu untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Jadi tidak hairanlah ibu-ibu yang amalkan set 3M ni rata-ratanya mampu mengumpulkan stok susu yang lumayan dan Alhamdulillah baby juga cepat kenyang, tidak mudah sakit, dan semangat badannya.