/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Tuesday 24 July 2012

Pin It

Teknik Pump Untuk Banyakkan Susu

3M Shima pic copy

Alhamdulillah masuk hari ke-4 berpuasa.. Belum terlambat lagi nak ucap Selamat Berpuasa buat semua kan.. Hari ini saya nak berkongsi tentang teknik pump untuk banyakkan susu. Mungkin ada di antara anda yang sudah amalkan diet seimbang, minum air cukup minimum 3L sehari dan mungkin ada yang sedang amalkan supplement tapi masih tidak puas hati dengan pengeluaran susu yang tak berapa meriah.

Soalan saya kepada anda. Adakah anda sudah memenuhi konsep asas penyusuan iaitu Demand & Supply? Bagi yang tidak tahu konsep Demand & Supply ni maknanya lagi banyak rangsangan lagi banyak dan lagi cepat susu dihasilkan. Ini konsep asas penyusuan yang WAJIB kena tahu dan fahami.

Lagi kerap pump dan direct feed baby, lagi keraplah kita kosongkan breast, maka lagi banyak dan cepat susu dihasilkan.

Apa teknik-teknik pump yang boleh bantu tingkatkan penghasilan susu?

1. Power pumping

  • Single pump – Pump 10 minit sebelah kanan, kemudian pump 10 minit sebelah kiri, lepas tu ulang semula pump 10 minit sebelah kanan dan seterusnya selama 1 jam
  • Double pump – Pump 10 minit, rehat 10 minit, pump 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
  • Siapa patut lakukan Power Pumping? -Ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum teruk, ibu yang ingin relaktasi atau ibu yang mahu menyusukan anak angkat (induce lactation)
  • Bila patut lakukan Power Pumping? - Masa yang sesuai untuk lakukan Power Pumping adalah antara 12 tgh malam ke 6 pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin (hormon susu) sangat tinggi. InsyaAllah hasilnya lumayan.
  • Berapa lama boleh nampak kesan pada susu? - Ia berbeza mengikut individu. Ada yang beberapa hari, ada yang seminggu dan ada yang sebulan. Tapi penyusuan bukanlah mudah kan. Jika anda sudah berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya, berapa lama tempoh tidak menjadi persoalan kerana anda pasti sanggup berusaha demi anak.

2. Teknik Marmet

Ramai ibu yang gunakan teknik ini untuk mengosongkan breast di hujung penyusuan atau sesi mengepam tetapi ramai yang tidak tahu bahawa rangsangan dari teknik Marmet adalah  ke-2 terbaik selepas hisapan bayi. Cuma ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk Teknik Marmet ini. Jika dilakukan dengan betul, hasilnya memang lumayan.

Teknik Marmet ini memang memerlukan ilmu, latihan dan kesabaran yang tinggi ya. Tapi untuk panduan anda, ini cara-cara untuk melakukan Marmet

  • Bersihkan tangan anda
  • Letakkan ibu jari di bahagian atas nipple manakala jari telunjuk dan jari hantumarmet1 diletakkan di bahagian bawah nipple. Jarak yang betul adalah lebih kurang 1’’ – 1 1/2’’ dari nipple (tidak semestinya di garisan luar areola). Gunakan jarak ni sebagai panduan sebab size breast dan areola setiap wanita tak sama. Pastikan tangan membentuk huruf C dan kedudukan ibu jari serta hari hantu dan telunjuk berada pada kedudukan jam 12 dan 6 (seperti dalam gambar)

  • Elakkan dari menekap breast anda.marmet2

  • Tekan breast anda sedikit ke dalam ke arah dada dan picit ke depan (tekan – tolak ke dada – urut ke depan)marmet3
  • Urut ke depan ibu jari serta jari telunjuk dan jari hantu ke depan serentak. Teknik ini akan menekan dan mengosongkan simpanan susu tanpa mencederakan tisu-tisu lembut sekitar breast anda.

  • Ulang langkah tekan – tolak ke dada – urut ke depan berulang kali marmet4 marmet5

  • Elakkan dari memicit breast kerana ia boleh menyebabkan lebam
  • Elakkan dari menarik nipple kerana boleh merosakkan tisu
  • Untuk lebih jelas lagi boleh lihat demo video ni marmet6

3. Tandem Pumping

Tandem pumping ni bila anda direct feed baby dan pump breast lagi sebelah. Dengan cara ini juga anda akan lebih cepat mengalami let down kerana hisapan baby secara automatik akan merangsang penghasilan susu di kedua-dua belah breast. Bagus untuk diamalkan semenjak dalam pantang.

4. Tandem Nursing

Tandem Nursing ni bila anda menyusukan 2 anak serentak. Teknik ini amat berkesan dalam menggalakkan penghasilan susu dengan cepat dan banyak kerana hisapan dari anak yang lebih tua adalah lebih kuat. Maknanya akan lebih banyak rangsangan anda terima dan makin banyak susu terhasil. Menyusukan anak yang lebih tua juga akan membantu mengurangkan bengkak susu di awal kelahiran kerana si abang/kakak menghisap dengan lebih cepat bebanding adiknya yang masih bayi.

Di peringkat awal, berikan bayi kecil menyusu terlebih dahulu sebelum memberi si abang/kakak menyusu kerana si adik memerlukan kolostrum. Setelah itu, barulah boleh disusukan kedua-duanya serentak.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat anda semua ya. Nak banyakkan susu badan? Nak buat stok susu? Dah ambil supplement tapi masih belum puas hati dengan penghasilan susu? Jawapannya mudah sahaja. Tambahkan sesi pump anda.. Jika dahulu pump 15 minit 1 sesi , sekarang cuba jadikan 30 minit 1 sesi. Pump dengan kerap dan konsisten ikut jadual. Kenapa kerap saya dah terangkan di atas. Kenapa perlu konsisten ikut jadual? Supaya badan anda dapat dilatih untuk menghasilkan susu pada masa yang ditetapkan. Dengan cara itu, barulah bila anda pump hasilnya pon meriah.

Memang penyusuan tidak semudah yang kita fikirkan. Tapi ianya akan lebih mudah jika anda menyusu dengan ilmu. Jadi jika anda berniat dan berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya, timbalah ilmu penyusuan sebanyak mungkin. Biar ilmu penuh di dada dan insyaAllah proses penyusuan akan berjalan lancar.  

Untuk info penyusuan klik sini

p/s: Atas permintaan ramai customer setia LifeFit.my, sempena bulan Ramadhan ini saya akan mengadakan Ramadhan Big Sale selama 3 hari bermula esok (Rabu 25 Julai 2012) hingga Jumaat 27 Julai 2012. Diskaun hebat untuk semua produk penyusuan, pantang, kehamilan, kecantikan dan pelangsingan. Jangan lepaskan peluang anda ya !!

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY

5 comments:

Semut Senyum said...

Terima kasih utk info ini... sebagai persediaan saya nanti =)

ruszainura ustati said...

Nak minta izin share info di FB ya :)

Rashidah Ahmad said...

minta disalin artikelnya ye...saya baru belajaar.

Unknown said...

tumpang tanye...cara saya ni betul x?
setiap hari sy punye jadual pump susu ada 4 sesi.pukul 6 pg,9pg,12thari dan 3 ptg.setiap sesi pum tu..sy amik masa 10 minit utk setiap breast secara bergilir selama sejam.biasa saya dpt dlm 150ml selepas satu jam.betul x?byk x susu sy kalau mcm tu saya boleh setiap sesi tu?

Unknown said...

sharifah Al idrus: kekerapan pump bergantung kpd situasi penyusuan. Kalau sekarang ni cara mcm tu susu cukup untuk baby means ok lah..kalau tak cukup means pumping kena lebih lagi

Post a Comment