/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Wednesday 19 September 2012

Pin It

Tips Penyusuan: Merealisasikan Penyusuan Eksklusif Susu Ibu

ibu menyusu

Ramai ibu yang sememangnya berniat untuk menyusukan bayi secara eksklusif tapi ramai juga yang gagal. Ya, bukan mudah untuk menyusukan bayi secara eksklusif apatah lagi buat ibu yang beranak sulung. Sebab itulah jika anda berazam untuk menyusukan bayi secara eksklusif, persediaan haruslah dimulakan semasa mengandung lagi. Yang paling penting anda haruslah mengumpulkan seberapa banyak ilmu tentang proses penyusuan kerana bila menyusu dengan ilmu insyaAllah anda akan berjaya.

Apa itu Penyusuan Eksklusif Susu Ibu?

  • Penyusuan eksklusif susu ibu bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama.
  • Nak tahu kenapa pentingnya susu ibu? Klik sini

 

Tips Ke Arah Penyusuan Eksklusif Susu Ibu

1) Berazam dan niat sejak mengandung lagi yang anda mahu menyusukan bayi anda secara eksklusif sehingga 6 bulan dan kemudian secara sepenuhnya hingga berumur 2 tahun

2) Banyakkan membaca info tentang penyusuan, cara penyimpanan susu yang betul, teknik pump,jenis pump yang sesuai dengan budget anda dan keperluan sampingan lain seperti cooler bag, plastic storage, bottle warmer dan lain (ini penting bagi ibu yang akan pump stok susu)

3) Semasa mengandung terutamanya buat ibu yang beranak sulung, amalkan petua ini

  • Memasuki Trimester ke-3, cuci puting payudara anda setiap malam bagi membuang kotoran di lubang susu. Sapu minyak (baby oil) dan gentel puting anda.
  • Buat ibu yang ada ‘inverted nipple’ atau puting tidak timbul, amalan di atas adalah wajib supaya puting tidak tenggelam dan menyukarkan bayi untuk menghisap sebaik lahir nanti.
  • Memasuki Trimester ke-3, amalkan mengurut payudara anda setiap malam untuk merangsan penghasilan susu. Cara: picit sedikit di bahagian atas payudara dan urutkan perlahan ke bawah menuju ke puting.
  • Rata-rata ibu akan mengalami masalah susu tidak keluar di hari pertama. Petuanya sebulan sebelum bersalin, amalkan pam 3x sehari selama 10 minit untuk rangsang pengeluaran susu.

4) Selepas bersalin, terus berikan bayi anda susu badan kerana bayi anda perlukan ‘colostrum’

  • Colostrum adalah susu awal yang biasanya berwarna kekuningan yang penuh dengan antibodi yang bayi perlukan.
  • Tidak perlu tunggu bayi anda dibersihkan. Pesan kepada jururawat untuk memberikan bayi anda untuk disusukan sebaik bersalin.

5) Tujuh hari pertama kelahiran adalah penting untuk anda memberi susu badan secara terus (bayi terus hisap dari payudara).

  • Elakkan pump dan penggunaan botol susu kerana ia boleh mengganggu proses penghasilan susu secara semulajadi.

6) Sebarang susu formula dan air kosong adalah dilarang sama sekali kerana boleh mengganggu proses penyusuan.

  • Pemberian susu formula mengakibatkan perlbagai masalah seperti cirit-birit dan ekzema serta menjadi punca utama obesiti.
  • Amalan memberi air kosong akan mendedahkan anak anda kepada risiko jangkitan, kekurangan nutrisi, merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa bayi , merendahkan suhu badan bayi, akibatkan kembung perut dan sawan tarik.

7) Lazimnya ibu muda yang beranak sulung pasti menghadapi masalah susu tidak keluar beberapa hari pertama. Usah risau kerana perut bayi hanya sebesar kacang peas. Berikan susu ibu sekerap yang boleh dan insyaAllah pemberian secara kerap akan melancarkan pengaliran susu apabila memasuki hari ke-2 atau ke-3.

8) Penyusuan mengikut jadual dilarang sama sekali. Susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuan bayi (on-demand).

  • Perhatikan tanda-tanda awal bayi lapar seperti mulutnya mencari-cari sesuatu, mulutnya terbuka luas apabila disentuh atau dia membuat pergerakan seperti menghisap.

9) Mulakan sesi pump seawal 2 minggu selepas bersalin supaya anda boleh menyediakan bekalan susu secukupnya apabila masuk kerja nanti.

10) Dapatkan sokongan keluarga terdekat terutamanya suami. Apabila susu tidak keluar anda pasti panik dan sedih lebih-lebih lagi apabila bayi mula menangis. Dalam keadaan panik dan tertekan, penghasilan susu lebih mudah terganggu.

  • Minta ahli keluarga pujuk bayi dahulu
  • Peranan suami pula tenangkan isteri anda dan beri dorongan serta kata-kata semangat bahawa isteri anda mampu menyusukan anak anda secara eksklusif.

 

Semoga tips-tips yang saya kongsikan di atas membantu bakal ibu lebih bersedia dalam merealisasikan impian anda untuk menyusukan anak secara eksklsuif. Alhamdulillah tinggal lagi 2 minggu untuk saya berjaya dalam perjalanan saya menyusukan anak secara eksklusif dan semoga terus dimurahkan rezeki untuk terus menyusukan anak sepenuhnya sehingga 2 tahun setengah.

Buat bakal ibu, persediaan secara mental dan fizikal amat penting dalam menjayakan penyusuan eksklusif susu ibu. Dan jangan lupa nutrisi ibu juga amat penting dalam proses penghasilan susu. Sebab itu ibu mengandung dibekalkan prenatal vitamin. Buat ibu hamil, saya galakkan anda mengamalkan produk ESP kami bagi membantu mempersiapkan badan anda untuk proses penyusuan yang lancar kelak.

 ESP

Apa khasiat ESP?

  • Buat ibu mengandung, ESP menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu serta membekalkan tenaga buat badan ibu
  • ESP mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar selepas bersalin
  • Buat ibu menyusu, ESP bertindak sebagai milk-booster untuk meningkatkan serta mempercepatkan penghasilan susu.
  • ESP menjadikan susu lebih pekat dan bayi cepat kenyang.
  • ESP menjadikan kulit ibu dan bayi lebih cantik, halus dan gebu
  • Untuk ketahui lebih banyak khasiat ESP, klik sini

 

Jemput baca apa kata ibu-ibu mengandung tentang ESP.

ESPnita copy

ESP preggy copy

 

ESP ni sememangnya Hot Produk kami. Teruja kan bila di penghujung kehamilan susu dah mula keluar. Semangat pun berkobar-kobar nak susukan baby. InsyaAllah jika diteruskan selepas bersalin, bukan sahaja penyusuan lancar, susu juga sentiasa pekat dan baby cepat kenyang. Malah kulit baby pun cantik je dan tak mudah lekat parut. Siapa tak nak tengok kulit anak cantik kan.. opps dengan ESP ni kulit ibu pun cantik dan parut-parut akan hilang. Ru gi tau tak amalkan ESP ni Winking smile

Untuk lihat testimoni ESP lain, klik sini

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment