/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Thursday 28 June 2012

Pin It

Apa Hukum Menghisap Payudara Isteri?

funny-baby-face-serious-cute

Salam semua.. Semalam sedang mencari-cari gambar baby yang comel-comel, terjumpa pula gambar ni. Tergelak-gelak tengok. Kena betul ayat dengan ekspresi muka baby tu kan. Sambil ketawa sorang-sorang tu, teringat pula satu persoalan yang pernah diajukan kepada saya oleh seorang hamba Allah ini. Dia bertanya pada saya boleh ke suami menghisap payudara isteri jika isterinya sedang menyusukan anak. Apa hukumnya?

Masa itu saya jawab mesti lah tak boleh sebab bukankah kalau 5x kenyang (masih menjadi perdebatan di kalangan ulama), itu sudah dikira anak susuan. Kan haru biru jadinya kalau suami dah jadi mahram kita kan. Tapi semalam bila teringat soalan kawan saya itu, saya pun cubalah cari halal atau haram untuk suami menghisap payudara isteri jika isteri menyusukan anak. Ini apa yang saya jumpa ya.

Menghisap payudara isteri semasa berjimak adalah harus tetapi jika isteri sedang menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sehingga terminum susu dari tubuh isteri. Kenapa?

Pertama, kerana mulut suami mengandungi bakteria dan kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada jangkitan kuman dan bakteria.

Kedua, susu ibu itukan hak si anak dan bukannya hak suami. Tapi jangan salah faham ya. Minum susu isteri tidak menjadikan si suami anak susuan kerana syarat untuk menjadi anak susuan adalah lelaki/perempuan berusia kurang dari 2 tahun dan menyusu sekurang-kurangnya 5x kenyang. Mesti suami umur lebih dari 2 tahun kan? heheheWinking smile

Jadi kesimpulannya menghisap payudara isteri adalah harus tapi lebih baik jangan jika isteri menyusukan anak. Tetapi jika perbuatan suami menghisap payudara isteri telah mendatangkan kemudaratan kepada anak seperti anak terkena jangkitan kuman atau susu berkurangan, hukumnya automatik haram.

Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

 

p/s: Sebagai tanda penghargaan untuk customer-customer saya, saya sedang mengadakan 2 Days BIG SALE dari Khamis (28 Jun 2012) hingga Jumaat (29 Jun 2012). Diskaun untuk semua produk penyusuan, kehamilan, berpantang, kecantikan, pelangsingan, kesihatan dan sebagainya. Gerenti DISKAUN TERHEBAT untuk anda. Jangan lepaskan peluang ini. Rugi tau kalau terlepas..heheWinking smile

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY

0 comments:

Post a Comment