/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Tuesday 2 October 2012

Pin It

Tips Penyusuan: Tolong Susu Saya Merudum.. Punca Dan Cara Mengatasi?

 

ilovels_lactivistProses penyusuan susu ibu ni ibarat roda. Kejap di atas kejap di bawah. Sama juga dengan production susu ibu. Kejap banyak kejap sikit. Situasi ini memang normal malah saya sendiri mengalaminya. Panik tak usah cakaplah tapi kata husband panic tak membantu susu tu naik balik.. hehe memang betul la dia kata tu kan.

 
Jadi apa punca susu merudum? Ini saya listkan bebarapa punca utama

1. Ibu gagal mengamalkan konsep Demand & Supply.

Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui bayi ‘direct feed’ atau pump. Ini antara beberapa kesilapan yang para ibu lakukan.

  • Pump tak konsisten atau jarak masa antara sesi pump terlalu jauh. Ibu digalakkan untuk pump 2-3 jam sekali supaya badan sentiasa dirangsang untuk hasilkan susu. Kurang rangsangan maka kuranglah supply.
  • Pump bila breast penuh atau breast bengkak. Ini is BIG NO NO! Jika ibu pump bila breast dah penuh atau bengkak, badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa baby tak perlukan banyak susu. Jadi automatic otak akan suruh badan kurangkan penghasilan susu. Jika cara ini dibuat berterusan, ya susu memang drop.
  • Pump suka hati bila boleh. Saya galakkan ibu buat jadual pump ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza. Ikut jadual pump tu dengan konsisten. Kenapa? Supaya badan lama-lama terlatih dan faham bila perlu hasilkan susu. Bila pump tak konsisten production susu pun tak konsisten. Walaupun breast rasa lembik kena pump juga.
  • Pump bila susu keluar dan berhenti pump bila susu stop mengalir. Ini memang konsep yang salah. Ibu kena pump setiap breast minimum 20 minit untuk 1 sesi pump. Walaupun susu dah stop teruskan pump kerana di hujung mungkin ibu akan mengalami ‘let-down’ sekali lagi.

 

2. Keadaan ibu.

Apa yang saya maksudkan dengan keadaan ibu?

  • Letih
  • Stress
  • Period
  • Sedang mengandung

Semua di atas juga menjadi punca susu merudum. Kenapa? Sebab penyusuan susu ibu ni sebenarnya berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar atau dipanggil juga hormone gembira).

Dalam suasana yang betul dan ibu happy tak stress, hormone oksitosin ni di hantar ke otak untuk rangsang pengeluaran hormone prolaktin. Hormon prolaktin ni pula di hantar ke kelenjar susu. Hasilnya badan pun keluarkan susu. Jadi kalau ibu stress dan penat, hormone oksitosin ni pun kurang dirembes. Jadi kurang lah hormone prolaktin yang akhirnya membawa kepada kurangnya penghasilan susu. Akhirnya si ibu stress, dan makin stress makin merudum lah susu.

Bab period dan mengandung tu memang kuasa Allah. Yang tu memang tak mampu nak atasi lah kan

 

3. Pengambilan air kosong tidak cukup

Ibu bf disarankan minum air kosong minimum 3L sehari. Kenapa? Sebab susu ibu komponen utamanya adalah air. Badan ibu juga perlukan air untuk sistem2 dalam badan berfungsi. Jadi bayangkan badan ibu sebagai kereta dan petrol sebagai air. Kalau kereta tak cukup petrol, kereta stop bergerak. Sama juga dengan badan ibu. Bila kurang air kuranglah susu terhasil.

 

4. Diet harian tidak seimbang

Nampak remeh tapi susu ibu adalah apa yang ibu makan. Kalau badan ibu sendiri kurang khasiat, dari mana pula badan ibu nak dapatkan khasiat yang cukup untuk hasilkan susu ibu? Jadi diet tu diet juga tapi pastikan pengambilan makanan harian itu seimbang.

 

5. Pump tidak sesuai

Ramai ibu yang mengadu pada saya bila pump rasa sakit tapi susu keluar sikit je. Punca utama adalah penggunaan pump yang tidak sesuai. Bila guna pump yang tak sesuai, suction kadang2 menyakitkan, pumping tak optimum dan hasilnya susu pun tak banyak diperah. Bayangkan 1 baju tak boleh fit dengan semua orang kan. Jadi sama juga dengan pump. Kesimpulannya kena cari pump yang sesuai dengan bentuk breast kita.

Personally saya galakkan ibu guna double pump. Kenapa? Sebab masa ‘let-down’, susu akan keluar dua2 belah breast. Jadi bila dua2 dirangsang serentak, hasilnya pun banyak. Bila guna single pump, biaasnya sebelah dapat banyak sebelah lagi sikit.

 

Teknik Untuk Banyakkan Semula Susu

 

1. Cari  punca susu merudum dan atasi punca itu

Ibu kena renung balik apa punca susu tiba-tiba merudum. Jadual pump macam mana? Konsisten tak ikut jadual pump? Badan stress dan penat ke? Makan ikut sempat dan tak simbang? Minum air manis tapi air kosong segelas je ke? Bila tahu punca senanglah nak betulkan balik. Kebiasaannya ibu kurang pump.

 

2. Lakukan Power Pumping dan Tandem Pumping

Power pumping ni teknik pump paling bagus untuk banyakkan susu sebabnya teknik ni paling serupa dengan baby ‘direct feed’. Caranya 10 minit pump, 10 minit rehat dan ulang sampai 1 jam. Lakukan setiap hari selama 1-2 minggu. Ini akan hantar signal ke otak bahawa baby perlu lagi banyak susu. Hasilnya otak akan suruh badan tingkatkan penghasilan susu.

Ayat biasa saya dengar macam mana nak pump kalau pump angin je? Ya memang betul awal2 kita pump angin je atau keluar sikit je. Tapi terukan juga sebab dari angin akan keluar titik dan kemudian menderu keluar susu tu. InsyaAllah kalau konsisten ibu akan Nampak hasilnya.

Ibu juga boleh cuba kaedah Tandem Pumping. Sambil anak ‘direct feed’ sebelah lagi tu pump. Memang berkesan sebab anak akan rangsang lagi sebelah untuk hasilkan susu.

Untuk teknik pump banyakkan susu KLIK SINI

 

3. Sentiasa positif dan yakin

Bila susu banyak ibu happy. Bila susu sikit kena fikir positif dan syukur ada juga rezeki untuk anak. Itu Allah nak uji kita bersyukur tak masa susu tengah banyak. Kena yakin yang kita mampu beri anak susu badan sepenuhnya. Bagi yang pump di office tu, jangan bandingkan hasil perahan dengan orang lain. Sebab demand setiap anak tak sama.

Apa yang ibu perlu buat?

  • Pump dalam suasana tenang
  • Sebelum dan sambil pump lihat gambar anak. Kalau ada video tengok dan dengan suara anak, InsyaAllah lebih banyak dirembes
  • Jangan lihat hasil perahan sampai habis sesi pump
  • Jangan fikir berapa stok hari ini. Bersyukur dengan rezeki Allah
  • Mulakan sesi pump dengan doa, iringi sesi pump dengan zikir dan akhiri sesi pump dengan Alhamdulillah

 

4. Pastikan pengambilan air kosong cukup minimum 3L sehari dan pastikan nutrisi harian lengkap.

Bagi ibu yang rasa sukar untuk pastikan diet harian seimbang, pengambilan supplement alternative terbaik.

 

Bagi yang tidak suka makan banyak jenis pil, anda boleh cuba Hot Produk kami iaitu ESP. Jemput lihat testimoni ibu yang telah mencuba

 

Testimoni 1:

esp copy

 
Testimoni 2:

esp3 copy

 

Testimoni 3:

esp1 copy

 

Testimoni 4:

esp2 copy

 ESP Special Offer copy

Ya.. ESP memang Hot Produk kami terutama buat ibu-ibu breastfeed yang mahu melancarkan penyusuan. Untuk ketahui lebih lanjut tentang kandungan dan khasiat2 ESP anda KLIK SINI

Retail Price ESP adalah RM150 tapi sepanjang bulan Oktober ini saya menawarkan Diskaun Istimewa khusus untuk ESP. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan ESP ini dengan harga istimewa.

Untuk lebih banyak testimoni ESP KLIK SINI 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment