/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Friday 3 August 2012

Pin It

Susu Ibu…Titisan Emas Buat Si Manja

breastfeeding photo

Happy Breastfeeding Weeks buat para ibu semua. Berbanggalah anda kerana setiap titisan emas yang menitis itu adalah pahala buat anda. Semoga kita semua terus diberi peluang dan dilapangkan rezeki untuk menyusukan anak sepenuhnya ya.

Sempena Minggu Penyusuan Sedunia ini saya nak bercerita sedikit tentang penyusuan susu ibu. Ya, saya masih baru di dunia penyusuan susu ibu, tapi setelah 4 bulan menempuhinya sedikit sebanyak ilmu yang saya ada inilah yang saya mahu kongsikan dengan anda semua ya.

Buat ibu yang sedang menantikan cahaya mata, mesti anda tertanya-tanya banyak sangat ke khasiat susu ibu ni sampaikan sana sini orang berkempen pasal susu ibu ni. Ya, memang banyak. Anda lihat sendiri apa kelebihan pada bayi yang diberi susu ibu ini

 

kebaikan susu ibu

 

Tak cukup lagi? Mari saya berikan 10 sebab kenapa anda mesti beri bayi anda susu ibu.

  1. Ia mudah dan cepat (tidak perlu botol, sukat dan kocak)
  2. Ia melindungi bayi anda dari penyakit, virus, sakit perut dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah (asthma).
  3. Susu ibu mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.
  4. Ia mengandungi lebih 400 vitamin, mineral, lemak dan protein yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.
  5. Bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula (lebih lama bayi menyusu badan lebih tinggi tahap IQ nya).
  6. Susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi anda.
  7. Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).
  8. Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.
  9. Susu ibu mengandungi protein dan lemak istimewa yang menggalakkan perkembangan otak bayi yang tidak boleh ditemui di dalam mana-mana susu formula di pasaran.
  10. Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda.

 

Lepas tu mesti ada yang tertanya-tanya bukan ke susu formula pun dah memang lengkap juga dengan DHA lah, vitamin tu vitamin ni lah kan.. Sukar saya nak terangkan tapi anda lihat sendiri perbandingan antara suru ibu dan susu formula ni.

breastfeeding photoGambar: Credit to Breastfeeding

 

Apa yang anda perlu tahu adalah susu ibu mengandungi sel hidup yang menyumbang kepada antibodi dan sistem pertahanan badan bayi anda dari jangkitan kuman dan bakteria. Sel hidup ini adalah dari badan ibu iaitu anda sendiri. Itu lah perbezaan besar susu ibu dan susu formula. Tiada makmal walau yang paling canggih di dunia ini mampu menghasilkan sel hidup ini untuk dimasukkan ke dalam susu formula agar khasiatnya 100% sama dengan susu ibu.

Anda tahu kenapa? Kerana susu ibu adalah anugerah dari Allah buat si manja. Sebab itulah hanya badan ibu yang mampu membekalkan sel hidup ini. Sebab itu juga bayi yang diberi susu ibu insyaAllah tidak mudah sakit seperti demam dan selsema.

Mahu tahu apakah kegunaan lain susu ibu?
Klik sini. Betapa hebatnya ciptaan Allah ini. Subhanallah.

Sebab itulah saya sedih bila ada ibu-ibu yang tidak mahu berusaha dan dengan mudah bertukar kepada formula bila susu badan merudum. Sudahkah anda usaha bersungguh-sungguh? Sudahkah anda dapatkan ilmu penyusuan yang betul? Dan saya tahu ramai juga ibu di luar sana yang mahu berikan bayi susu ibu tapi gagal. Jika anda sudah berusaha bersungguh-sungguh berikan ucapan tahniah kepada diri anda. Kerana walaupun gagal anda tetap ibu yang terbaik kerana anda sudah berusaha.

Berkaitan dengan pengambilan supplement pula, supplement ini tidak wajib untuk semua. Susu ibu adalah apa yang ibu makan. Jadi jika anda pastikan nutrisi harian anda lengkap dan seimbang, insyaAllah penyusuan anda akan lancar. Cuma saya secara peribadi memang mengamalkan supplement kerana saya mahu pastikan setiap titisan emas yang saya hasilkan penuh dengan khasiat buat anak saya. Alhamdulillah jika dilihat perkembangannya saya dan suami sangat gembira. Bukan sahaja family kami malah sesiapa sahaja yang pernah berjumpa dengan baby saya semuanya terkejut tengok perkembangan dia yang boleh dikatakan agak laju berbanding umurnya. Alhamdulillah.

Dari lahir lagi anak saya memang mampu angkat kepala sendiri (tulangnya memang kuat sebab saya pastikan dari masa mengandung lagi pengambilan Kalsium mesti cukup) sampaikan both atuk dan neneknya terkejut. Memasuki usia 2 bulan 3minggu Irdina sudah mula meniarap tapi mesti dibantu. Cukup 3 bulan sudah boleh meniarap dengan sendirinya. Malah kalau nak bangun saya tak perlu angkat dia. Saya pegang sahaja jari dia, tarik sedikit dan dia akan bangun sendiri. Sekarang 3 bulan 3 minggu, saya hanya perlu sandarkan dia di bahu saya dan dia boleh berdiri tegak tanpa saya pegang kecuali kalau dia tengah mengada-ngada..hehehe..  Syukur sangat dan saya bangga dengan perkembangan dia. Ibu and abah love u sayang Red heart

         irdina 2         irdina

 

InsyaAllah dalam entri seterusnya akan saya kongsikan bagaimana Supplement Shaklee yang saya amalkan ini membantu saya dan ramai lagi para ibu di luar sana seperti ibu ini

3M copy

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY

0 comments:

Post a Comment