/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Wednesday 14 March 2012

Pin It

Tips Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat



Semua orang pasti mahukan berat badan yang ideal dan bentuk badan yang cantik. Proses menurunkan berat badan bukan senang tapi tak juga mustahil dengan syarat disiplin dan konsisten. Di sini, saya ingin berkongsi 3 TIPS UTAMA dalam menurunkan berat badan dengan sihat.

Tip 1: Pemakanan Yang Seimbang Dan Betul
  • Mulakan hari anda dengan sarapan dalam kadar sederhana. Individu yang meninggalkan sarapan dalam proses dietnya akan cenderung untuk makan lebih banyak sepanjang hari.
  • Tingkatkan pengambilan protein. Protein membuatkan kita cepat kenyang dan meningkatkan kadar metabolisme badan untuk membakar lemak.
  • Jangan tinggalkan karbohidrat. Karbohidrat adalah sumber tenaga terbaik tetapi pengambilan berlebihan akan menjadi lemak. Ambil karbohidrat dalam kadar sederhana.
  • Kurangkan makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman yang bergula tinggi seperti air gas. Pengambilan berlebihan membuatkan badan anda menyimpan lebih banyak lemak.
  • Amalkan pengambilan snek antara hidangan. Pengambilan snek mengelakkan anda makan banyak untuk hidangan seterusnya. Amalkan snek seperti buah, biskut dan protein bar.
  • Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Anda akan rasa cepat kenyang dan kurang nafsu makan.
  • Minum air kosong yang banyak, sekurang-kurangnya 3-4L sehari.
Tip 2: Melakukan Senaman Rutin
  • Tingkatkan aktiviti fizikal. Berjalan adalah senaman paling ringkas. Target untuk berjalan sekurang-kurangnya 400m sehari.
  • Amalkan ‘sit-up’ dan ‘push-up’. Kedua-dua jenis senaman ini adalah paling mudah tapi paling berkesan untuk membakar lemak2 degil di bahagian perut. Mulakan dengan 20x setiap set dan tambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda.
Tip 3: Mengambil Supplement Diet
  • Ambil supplement yang membantu badan anda DETOX kerana toksin berlebihan dalam badan akan menyebabkan sebarang program diet sukar menampakkan kesan psotifnya.
  • Ambil supplement yang membantu badan anda MEMBAKAR LEMAK kerana proses membakar lemak adalah sukar dan mengambil masa. Jadi pengambilan supplement yang boleh membakar lemak anda boleh mempercepatkan proses dan memastikan usaha diet anda yang lain tidak sia-sia.
  • Ambil ‘PROTEIN SHAKE’ untuk mengawal nafsu makan anda dan meningkatkan metabolisme badan untuk membakar lebih banyak lemak berlebihan. Ini akan mempercepatkan proses diet anda. 


0 comments:

Post a Comment