/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Friday 6 July 2012

Pin It

13 Kegunaan Susu Ibu

woman_pumped_breastmilk

Rata-rata mengetahui betapa tingginya khasiat susu ibu dalam menyokong perkembangan mental dan fizikal bayi. Tiada susu lain setanding susu ibu kan. Tapi tahukah anda selain untuk si comel kita, susu ibu itu amat unik dan boleh digunakan pelbagai cara. Jom lihat apakah 10 kegunaan lain susu ibu yang boleh digunakan baik pada bayi, anak-anak yang sudah besar mahupun anda sendiri.

 

1) Merawat ruam lampin

  • Tidak seperti krim lain di pasaran, susu ibu tidak mempunyai risiko untuk allergik yang mana boleh menerukkan lagi simptopm ruam. Sapukan beberapa titik susu ibu di kawasan ruam dan biarkan beberapa minit untuk ia kering sebelum memakaikan semua lampin pada bayi anda.

2) Merawat puting kering dan melecet

  • Rata-rata ibu akan mengalaminya lebih-lebih lagi beberapa minggu pertama menyusukan bayi. Susu ibu adalah yang terbaik, cepat dan selamat dalam merawat putting luka dan melecet. Di hujung penyusuan, picit sedikit dan sapukan saki-baki susu anda di sekeliling puting dan biarkan kering seketika.

3) Merawat jangkitan hidung, telinga dan mata

  • Titiskan beberapa titik susu ibu di kawasan yang sakit dan susu ibu akan membersihkannya. Susu ibu mengandungi antibodi semulajadi untuk melawan jangkitan tanpa kesan sampingan dan boleh digunakan bila-bila masa tanpa risiko terlebih dos.

4) Mencuci make-up

  • Susu ibu boleh digunakan untuk menanggalkan make-up dan melembapkan kulit wajah pada masa yang sama. Sapukan pada muka dan bersihkannya.

5) Merawat ekzema dan jerawat

  • Susu ibu mengandungi pelembap semulajadi yang akan mempercepatkan proses penyembuhan. Sapukan sedikit susu ibu dan biarkan kering seketika. Ulang sekerap mungkin bila memerlukan.

6) Merawat gigitan nyamuk, luka dan kesan cakar

  • Susu ibu melegakan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk dengan lebih cepat berbanding ubat sapu. Sapukan sedikit susu ibu di kawasan luka atau cakar untuk melawan jangkitan kuman dan mempercepatkan penyembuhan luka.

7) Sakit tekak

  • Susu ibu amat cepat dalam melegakan sakit tekak. Bayi akan lega setiap kali menyusu, manakala untuk anak yang sudah besar atau orang dewasa, 1 cawan susu ibu akan membantu.

8) Merawat pesakit kemoterapi

  • Setiap kali selepas sesi kemoterapi pesakit biasanya akan mengalami mual yang teruk. Susu ibu akan mengurangkan rasa mual, membantu pencernaan dan meningkatkan sistem imunisasi badan yang lemah.

9) Merawat luka terbakar

  • Lemak di dalam susu ibu merupakan pelembut dan pelembap kulit yang bagus dan antibodi semulajadi dalam susu ibu melindungi pesakit dari jangkitan kuman.

10) Melindungi penerima dan pemberi organ

  • Selepas proses pemindahan organ, susu ibu biasa digunakan oleh si penerima organ untuk membantu mereka melawan jangkitan kuman selepas pemindahan. Susu ibu juga membantu si pemberi organ dengan meningkatkan sistem imunisasi badan agar cepat sembuh.

11) Merawat ketuat

  • Basahkan bebola kapas dengan susu ibu dan tampal di kawasan ketuat. Tinggalkan beberapa minit dan lakukannya 2x sehari sehingga ketuat itu kering. Antibodi dalam susu ibu akan mempercepatkan proses penyembuhan.

12) Merawat ‘Chicken Pox’

  • Anda boleh gunakan susu ibu untuk melegakan kegatalan.

13) Merawat ulcer

  • Titiskan susu ibu ke atas ulcer untuk membersihkannya. Antibodi dalam susu ibu akan mengelakkan jangkitan kuman dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Ajaibkan susu ibu ini. Siapa sangka tubuh seorang wanita mampu menghasilkan sesuatu yang mempunyai pelbagai kegunaannya dengan izin Allah. Itulah kehebatan seorang wanita dan itulah keajaiban susu ibu.

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY


0 comments:

Post a Comment