/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Friday 20 July 2012

Pin It

Panduan Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

pic copy

Apabila anda berminat dan berazam untuk menyusukan bayi secara eksklusif, anda harus menimba ilmu penyusuan secukupnya. Ya, dengan ilmu di dada, penyusuan susu ibu semudah ABC. Antara yang anda perlu ketahui adalah cara penyimpanan susu ibu (EBM) dengan betul agar khasiat-khasiat susu ibu kekal terpelihara. Pastinya anda mahukan khasiat terbaik buat bayi kan?

Rata-rata ibu bekerjaya akan menyimpan stok susu buat bekalan si manja seharian bersama pengasuh. Tahukan anda bahawa susu ibu mengandungi sel-sel hidup. Jadi. ia harus disimpan dengan betul dan dalam bekas yang bersih agar nutrient di dalamnya terpeliharan dan susu tidak rosak atau tercemar. Secara semulajadi susu ibu mengandungi anti-baketeria yang membolehkannya disimpan lama dan kekal segar. Di bawah adalah gambar ringkas untuk anda memahami tempoh penyimpanan susu ibu.

 

Untitled copy

 

Jadi merujuk gambar di atas, jika anda meyimpan susu di:

  • Suhu bilik – susu bertahan selama 4 jam
  • Cooler bag/box – susu bertahan 12-24 jam
  • Peti ais bawah 2 pintu (Refridgerator) – boleh bertahan paling lama 72 jam tetapi sebaiknya 48 jam
  • Peti ais atas 2 pintu (freezer) – bertahan paling lama 3-6 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka.. tapi saya suka ambil tempoh 3 bulan sahaja
  • Peti ais 1 pintu – bertahan paling lama 2 minggu sahaja
  • Deep freezer – boleh bertahan 6-12 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka sebab suhu berubah setiap kali dibuka.. tapi saya suka ambil tempoh 6 bulan sahaja

 

Begitulah tempoh penyimpanan yang selamat bagi susu ibu. Tetapi untuk bayi pramatang, tempohnya berbeza sedikit dan anda boleh rujuk dalam carta di bawah.

Untitled copy1jpg

 

Panduan menyahsejukbeku susu ibu:

  • Sekiranya anda hendak menggunakan susu yang telah dibekukan pada esok hari, turunkan susu tersebut ke peti ais bawah pada malamnya.
  • Untuk memanaskan susu, rendamkan botol/bekas susu tersebut di dalam air panas suam (air terlalu panas akan merosakkan kandungan nutrient dalam susu tersebut)
  • Goyangkan sedikit botol/bekas susu untuk memberi suhu sekata pada susu dan rasakan dulu suhunya di belakang tangan anda sebelum memberikan susu kepada bayi

 

Tahukan anda bahawa susu ibu tidak akan basi tapi mudah tercemar jika tidak disimpan dengan betul. Ini panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • Botol/bekas simpan susu mesti dibasuh bersih dengan sabun, direndam dan dibilas dengan air panas mendidih serta dikeringkan sepenuhnya sebelum disimpan.
  • Catat tarikh perahan pada botol/bekas susu sebelum disimpan
  • Simpan susu dalam kadar mencukupi untuk tempoh 1 kali penyusuan (cth: 3-4 oz satu bekas)
  • Jangan simpan susu hingga penuh bekas/botol. Tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku semasa proses pembekuan.
  • Sebaiknya simpan susu yang hendak dibekukan di bahagian sejuk dahulu sebelem dipindahkan ke bahagian freezer untuk mengelakkan nutrient di dalamnya rosak akibat perubahan suhu mendadak
  • Elakkan menyimpan susu di bahagian pintu peti sejuk kerana pintu kerap dibuka tutup mengakibatkan suhu tidak stabil di bahagian itu.
  • Digalakkan simpan susu di bahagian paling atas dan paling dalam peti keranan suhu di situ lebih stabil dan sekata
  • Jika menggunakan cooler bag, pastikan ice pack mencukup, ganti ice pack jika perlu dan elakkan membuka bag dengan kerap agar suhu dapat distabilkan sebaik mungkin.

 

Panduan tambahan bagi ibu bekerjaya

  • Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk/cooler bag. Dalam perjalanan balik mengguanakan cooler bag, pastikan ice pack mencukupi untuk perjalanan balik agar susu perahan kekal sejuk. Sampai di rumah, anda boleh menyimpan susu tersebut di dalam peti sejuk bawah atau atas. Elakkan menyimpan susu di tempat sejuk beku di pejabat atau anda akan mengalami kesukaran untuk membawanya pulang (susu yang telah beku mesti dipastikan sentiasa beku dan tidak boleh mencair walau sedikit dalam perjalanan pulang)
  • Susu beku yang telah mula cair walaupun sedikit tidak boleh dibekukan semula. Anda harus menyimpannya di peti sejuk bawah dan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam ia mula mencair.
  • Sebaiknya simpan susu perahan di peti sejuk bahagian bawah sekiranya ia untuk stok beberapa hari. Selepas hari ke –5 jika masih belum digunakan, anda boleh menyimpannya di bahagian beku/freezer.
  • Susu perahan yang dibekukan yang kehilangan sedikit nutrients akibat proses pembekuan tetapi khasiatnya tetap jauh lebih baik dari susu formula. Jadi anda harus memberikan bayi anda susu secara direct feeding, susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi kandungan nutrient untuk bayi anda.
  • Jika susu yang telah dipanaskan untuk diberi kepada bayi tidak habis diminum, anda boleh menyimpan semula susu itu dalam peti sejuk bahagian bawah untuk digunakan dalam tempoh tidak lebih dari 2 jam. Sekiranya selepas penyusuan ke-2 itu masih berbaki, susu itu mesti dibuang.
  • Jangan panaskan susu dengan air panas menggelegak, microwave atau air melebihi suhu 70 degree Celcius kerana khasiat di dalamnya akan rosak.

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat para ibu di luar sana. Keep pumping dan sentiasa amalakan konsep asas penyusuan iaitu Demand & Supply. Lebih kerap anda pump, lebih kosongkan payudara, lebih cepat dan banyak susu terhasil.

Untuk info dan produk penyusuan klik sini

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY

0 comments:

Post a Comment