/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Friday 27 July 2012

Pin It

Kurma..Buah Seribu Satu Khasiat

kurma (1)

Alhamdulillah Ramadhan sudah memasuki hari ke-7. Masuk hari ni lebih 2 minggu saya berpuasa (sebab campur dengan puasa ganti yang buat last minute tu…hehe..) Syukur masih diberi kekuatan dan kelapangan untuk berpuasa sepenuhnya walaupun fully breastfeed my little princess.. Alhamdulillah syukur…

Sepanjang saya berpuasa ni 2 benda saya memang tak pernah tinggal dan wajib ambil setiap kali sahur dan berbuka. ESP dan kurma (pilihan saya kena bisik ni “ Yussof Taiyub”…hehe)

Ya, hari ni jom kita cakap pasal kurma. Saya tahu mesti ada yang liat nak makan buah kurma kan. Buat ibu hamil dan menyusukan terutamanya anda sepatutnya jadikan kurma ini sebagai snek anda tau. Kenapa?

 

Buat ibu-ibu hamil, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda

” Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

[Hadith Riwayat Muslim]

“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”

[Hadith Riwayat Muslim]

 

Buat ibu-ibu dalam pantang dan menyusukan, buah kurma kaya dengan zat besi dan kalsium yang membantu dalam pemulihan kesihatan/tenaga ibu serta membantu melancarkan penyusuan ibu. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Di dalam Al-Quran sendiri Allah telah menyebut perkataan ‘kurma’ sebanyak 21 kali. Jadi, jom kita lihat apakah kelebihan buah kurma?

  • Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan niasin
  • Membantu penghasilan susu ibu
  • Boleh mengubati gangguan usus yang kronik
  • Membantu memudahkan proses bersalin
  • Memberi tenaga serta-merta kepada badan lebih-lebih lagi setelah seharian berpuasa
  • Kulitnya mengandungi serat yang boleh mencegas barah usus
  • Merupakan sumber utama potassium yang diperlukan oleh sistem saraf kita
  • Menguatkan daya ingatan
  • Sebagai penawar racun. Aisyah R.A meriwayatkan “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
  • Mengawal/ menurunkan tekanan darah
  • Menambah tenaga seksual

 

Kurma sangat diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 - 2%, serat 2 - 4% manakala kandungan gulanya 50 -57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi dan tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.

Walaupun kurma seringkali dikaitkan dengan bulan puasa tetapi khusus buat ibu hamil dan menyusukan, amalkanlah kurma sepanjang masa kerana nilai khasiatnya amat tinggi buat anda dan bayi. Malah kurma juga dianggap sebagai milk-booster (penggalak susu) semulajadi yang boleh membantu menambahkan susu badan.

Untuk info dan tips penyusuan
Klik Sini

ooopss jangan lupa. Hari ni hari terakhir 3 Days Special Sale ya. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai produk Shaklee kegemaran anda dengan DISKAUN HEBAT.

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY


0 comments:

Post a Comment