/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Tuesday 31 January 2012

Pin It

Susu Ibu vs Susu Formula


“Jika seorang wanita menyusukan anaknya sehingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya”.


Sekadar renungan untuk kita para ibu sama-sama menyedari betapa besarnya hikmah kita menyusukan anak kita. Sabtu lepas saya dan suami singgah solat Maghrib di sebuah masjid di Setapak dan kebetulan ada ceramah berkaitan dengan anak. Kata ustaz, adalah wajib untuk seorang ibu dan bapa memenuhi hak anak termasuk hak menyusu badan. Kata ustaz lagi, adalah berdosa sekiranya ibu tidak memberi susu badan kepada anak kerana itu adalah hak seorang anak yang telah ditetapkan oleh Allah.

Mungkin ada yang berpendapat kalau dah memang susu tak keluar apa salahnya berikan anak susu formula. Bukan salah ibu susu dah tak keluar. Itu memang betul tapi tahukah anda apa sebenarnya yang terkandung di dalam susu formula?

Melalui kajian dan pembacaan saya terdapat beberapa kandungan di dalam susu formula yang harus kita berikan perhatian antaranya ‘whey’, minyak kelapa sawit, minyak kelapa dan minyak ‘Safflower’. ‘Whey’ adalah komponen utama di dalam majoriti susu formula tetapi ia juga adalah hasil buangan sampingan di dalam proses pembuatan keju terutamanya. Jadi, pengilang keju kini telah menemui cara paling menguntungkan untuk mengitar semula hasil buangan ini iaitu dengan menggunakannnya dalam menghasilkan susu formula buat bayi.

Minyak kelapa sawit, minyak kelapa dan minyak ‘Safflower’ pula adalah antara minyak yangpaling murah dan digunakan dalam pembuatan makanan ringan termasuk ‘pop-corn’. Sekarang ia juga digunakan untuk menghasilkan susu formula. Sungguh ironi kan?

Saya yakin rata-rata ibu sememangnya berhasrat untuk menyusukan anak selama mungin tetapi kadang kala berdepan dengan pelbagai masalah yang tidak membolehkan mereka untuk terus memberikan anak susu badan. Tetapi sebagai ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak, tidak salah untuk kita mencuba sedaya upaya kita bagi memastikan hak anak untuk menyusu dipenuhi.

Pelbagai faktor mempengaruhi penghasilan susu ibu termasuklah tahap nutrisi dan kesihatan ibu sendiri. Jika diet seharian tidak boleh membantu anda mendapatkan nutrisi lengkap, tidak salah mengamalkan supplement. Ramai ibu kini berjaya dalam proses penyusuan dengan hanya melaburkan sedikit wang untuk mengambil supplement. Jangan malu kerana anda adalah ibu yang terbaik kerana sanggup berusaha untuk memberikan susu paling berkhasiat buat bayi anda.

Ketahuilah bahawa susu ibu mengandungi lebih 400 jenis vitamin, mineral dan zat yang tidak boleh diperolehi dari mana-mana susu formula di pasaran. Jadi, jika anda sanggup berbelanja ratusan malah ribuan ringgi setahun untuk membeli susu formula, tidak salah untuk anda mengeluarkan sedikit wang bagi meningkatkan tahap kesihatan dan nutrisi badan anda untuk membantu badan anda terus menghasilkan susu. Anda pasti terkejut melihat berapa banyak wang yang anda berjaya jimatkan dengan hanya memberi bayi anda susu badan.

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY


0 comments:

Post a Comment