/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Thursday 19 January 2012

Pin It

Supplement Alternatif Kepada Jamu Buat Ibu Berpantang



Adat Melayu turun-termurun menitikberatkan amalan berpantang demi mengembalikan tenaga dan kesihatan dalaman ibu bersalin. Selain berbengkung, mengurut, bertangas dan bertungku, amalan berpantang Melayu dikatakan tidak lengkap tanpa pengambilan jamu. 

Namun tidak dinafikan ramai ibu-ibu sekarang tidak boleh makan jamu kerana bau yang kuat serta rasa yang pahit dan pedas. Ramai juga yang memaksa diri untuk menelan jamu kerana mengikut kelaziman berpantang. Tetapi kini, ibu yang baru lepas bersalin mempunyai alternatif lain untuk mengembalikan tenaga dan kesihatan dalaman, iaitu dengan mengambil supplement. Kenapa supplement?

Hakikatnya ketika berpantanglah ibu memerlukan nutrisi yang lengkap bagi memastikan kesihatan badan luar dan dalam kembali pulih. Tetapi, ibu berpantang juga dilarang dari memakan pelbagai jenis makanan yang bersifat sejuk, berbisa dan sebagainya. Ini sudah tentu menyukarkan badan ibu untuk mendapat zat yang sempurna lantas menyebabkan badan ibu cepat penat, letih, sengal-sengal dan akhirnya mempengaruhi penghasilan susu badan.

Justeru, supplement yang terbaik untuk ibu berpantang yang boleh dijadikan alternatif kepada jamu mestilah mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi seperti:

1. Multivitamin
  • Lengkap dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh ibu yang sukar diperolehi melalui pemakanan kerana pantang makan. Pilih yang mengandungi zat besi kerana zat besi diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses bersalin.
2. B-complex
  • Badan memerlukan Vitamin B untuk menukarkan makanan kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu ibu. Vitamin B juga membantu meredakan stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.
3. Vitamin C
  • Diperlukan untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, dan membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.
4. Zink
  • Diperlukan dalam proses penyembuhan luka bersalin terutama luka dalaman (rahim) dan membantu mengatasi masalah ‘kedinginan’. Sebab itulah ibu bersalin digalakkan makan ikan haruan atau pati ikan haruan kerana kandungan zink yang tinggi di dalamnya. Tetapi selain harga yang mahal, tidak mungkin anda boleh mengamalkannya setiap hari. Jadi tidak salah untuk mengambil supplement zink sebagai gantinya.
5. Kalsium
  • Selain diperlukan untuk penghasilan susu, kalsium juga boleh menghilangkan sengal-sengal badan yang biasa dihadapi selepas bersalin. Kalsium juga penting untuk pembentukan sel darah merah yang banyak hilang semasa proses bersalin. Jadi jika anda tidak minum susu atau tidak boleh minum sekurang-kurangnya 500ml sehari, tidak salah untuk anda mengambil supplement kalsium.
Mungkin ramai ibu yang ragu-ragu dengan keberkesanan supplement kerana sinomin dengan pengambilan jamu semasa berpantang. Tapi fikirkanlah analogi ini. Orang Melayu makan nasi sebagai sumber tenaga tetapi masyarakat Barat mengambil roti dan pasta. Persamaannya, baik nasi mahupun roti dan pasta, di dalamnya ada karbohidrat sebagai sumber tenaga.


Jadi, khasiat jamu berpunca dari vitamin dan mineral yang terkandung di dalam setiap herba yang digunakan. Berbezakah jika kita mengambil supplement yang membekalkan vitamin dan mineral yang sama?

0 comments:

Post a Comment