/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Saturday 21 January 2012

Pin It

10 Kelebihan Susu Ibu

Susu ibu merupakan nutrisi paling lengkap dan paling berkhasiat buat bayi. Sungguh pun para pengeluar susu formula berlumba-lumba menghasilan susu formula yang dikatakan paling berkhasiat, tetapi hakikatnya tiada satu pun susu formula di pasaran yang boleh menandingi khasiat-khasiat yang terkandung di dalam susu ibu.

  1. Ia mudah dan cepat (tidak perlu botol, sukat dan kocak)
  2. Ia melindungi bayi anda dari penyakit, virus, sakit perut dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah (asthma).
  3. Susu ibu mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.
  4. Ia mengandungi lebih 400 vitamin, mineral, lemak dan protein yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.
  5. Bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula (lebih lama bayi menyusu badan lebih tinggi tahap IQ nya).
  6. Susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi anda.
  7. Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).
  8. Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.
  9. Susu ibu mengandungi protein dan lemak istimewa yang menggalakkan perkembangan otak bayi yang tidak boleh ditemui di dalam mana-mana susu formula di pasaran.
  10. Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda.

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY

0 comments:

Post a Comment