/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Friday 13 January 2012

Pin It

Nutrisi Penting Buat Ibu Hamil

                  

Sepanjang tempoh kehamilan, pemakanan yang sihat dan seimbang yang mengandungi kesemua vitamin dan mineral adalah sangat penting. Malah apabila ibu-ibu memasuki fasa terakhir kehamilan, kesemua nutrisi digunakan sepenuhnya untuk menyokong kesihatan ibu, menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi serta menyediakan badan si ibu untuk menghasilkan susu badan. Oleh itu sepanjang tempoh kehamilan, keperluan bagi sesetengah nutrisi akan turut meningkat antaranya:

1) Protein
  • Diperlukan dalam pembinaan sel-sel badan, dan ketika kehamilan protein sangat penting dalam membentuk sel-sel darah merah yang akan membekalkan nutrisi dan oksigen secukupnya kepada bayi.

2)Karbohidrat dan lemak
  • Diperlukan dalam membekalkan badan si ibu dengan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti seharian.

3) Kalsium
  • Diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi bayi yang sihat. Malah pengambilan kalsium secukupnya dikatakan mampu mengurangkan simptom-simptom ‘morning sickness’ dan mengurangkan sakit-sakit belakang serta kekejangan urat yang biasa dialami oleh ibu mengandung.

4)Zat besi
  • Diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin (protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen). Ketika kehamilan, jumlah darah di dalam badan ibu akan meningkat dan ibu memerlukan tambahan zat besi bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin. Zat besi juga diperlukan untuk pembesaran bayi dan plasenta.

5) Folat atau asid folik
  • Diperlukan untuk membantu pembahagian dan pertumbuhan sel. Pengambilan folat secukupnya diperlukan ketika mengandung untuk mengelakkan kecacatan sarah tunjang semasa bayi berkembang. Folat juga diperlukan untuk membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat di kalangan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

6) Iodine
  • Diperlukan untuk membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Kekurangan idonine boleh menyebabkan kecacatan mental dan kerosakan otak serta dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran, kelahiran kurang matang dan mati ketika lahir.
7) Zink 
  • Diperlukan untuk menghasilkan, membaiki DNA dan juga untuk DNA berfungsi. Ketika kehamilan, zink adalah penting dalam perkembangan sel-sel bayi. Kekurangan zink sering dikaitkan dengan keguguran, kekurangan berat ketika lahir, dan beberapa masalah lain.
8) Vitamin C 
  • Penting untuk pembentukan kolagen yang merupakan komponen penting bagi pembentukan salur darah. Vitamin C juga membantu badan ibu menyerap zat besi yang penting untuk perkembangan mental bayi.
9) Vitamin B complex 
  • Diperlukan dalam kuantiti secukupnya untuk memastikan sistem saraf, otot dan jantung bayi berfungi dengan baik.
10) Vitamin D 
  • Diperlukan dalam memastikan tulang bayi anda berkembang dengan sempurna.
Kesemua vitamin dan zat penting ini boleh diperolehi melalui diet seharian tetapi tidak dapat dinafikan kesibukan harian dan cara penyediaan makanan boleh mengakibatkan badan ibu tidak dapt menyerap kesemua nutrisi yang diperlukan dalam kuantiti secukupnya. Oleh itu, ibu-ibu hamil juga dinasihatkan untuk mengambil supplement tambahan bagi mengisi ruang-ruang kosong dalam diet ibu agar kesihatan ibu dan perkembangan bayi tidak terjejas.

0 comments:

Post a Comment