/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Friday 13 January 2012

Pin It

Nutrisi Penting Buat Ibu Menyusukan

Tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang selepas bersalin adalah bertambah penting berbanding ketika hamil lebih-lebih lagi kepada ibu yang menyusu badan. Proses penyusuan tidak hanya memerlukan banyak tenaga tetapi juga nutrisi secukupnya. Pengamalan diet yang sihat dan seimbang akan membekalkan ibu dan bayi dengan zat dan nutrisi yang diperlukan dan juga membolehkan ibu terus menghasilkan susu badan. Selain daripada air dan tenaga, antara nutrisi penting yang diperlukan dalam kuantiti secukupnya oleh ibu menyusu adalah:

 

1) Protein

  • Salah satu komponen utama di dalam susu ibu dan diperlukan untuk membina protein di dalam susu ibu. Protein diperlukan dalam proses pertumbuhan, penyelenggaraan dan membaiki sel-sel badan. Kekurangan protein boleh menyebabkan pemecahan tisu otot.

 

2) Kalsium

  • Diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat dan sihat. Apabila ibu kekurangan kalsium, badan ibu menggunakan simpanan kalsium yang sedia ada bagi menghasilkan kalsium dalam susu badan. Ini boleh mengakibatkan badan ibu kekurangan kalsium dan jika berterusan boleh mempengaruhi badan ibu dan penghasilan susu badan.

 

3) Zink

  • Bayi memerlukan zink secukupnya untuk tumbesaran yang sihat dan juga perkembangan sistem imunisasi badan. Jadi adalah penting untuk ibu menyusu membekalkan zink secukupnya kepada bayi melalui susu ibu.

 

4) Zat besi

  • Diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin (protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen). Sepanjang kehamilan, zat besi di dalam badan ibu akan berkurangan. Malah, proses penghasilan susu juga menggunakan simpanan zat besi di dalam badan ibu. Jadi adalah penting untuk ibu menyusu mengambil zat besi secukupnya untuk mengelakkan anemia.

 

5) Vitamin B9 (asid folik/folat)

  • Diperlukan untuk bayi berkembang dan membesar dengan sihat. Folat juga diperlukan untuk membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat di kalangan bayi. Ibu menyusu mesti mengambil jumlah folat secukupnya untuk memastikan susu badan mengandungi folat yang diperlukan oleh bayi.

 

6) Vitamin A

  • Penting untuk menggalakkan tumbesaran yang normal dan membantu menyediakan sistem pertahanan badan kepada jangkitan. Jadi, ibu menyusu mesti mengambil jumlah Vitamin A secukupnya untuk memastikan susu badan mengandungi Vitamin A yang diperlukan oleh bayi.

 

Tetapi, dalam kesibukan melayan bayi kecil dan ahli keluarga lain, sukar bagi ibu untuk memastikan makanan yang diambil adalah sihat, seimbang dan memenuhi keperluan zat yang diperlukan oleh badan ibu dan juga bayi yang menyusu. Kadang kala ia boleh menyebabkan ibu tidak bertenaga dan cergas, kurangnya penghasilan susu atau tiada susu terhasil.

 

Oleh itu, kebanyakan ibu-ibu yang menyusu memilih untuk mengambil supplement tambahan bagi memastikan mereka mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan secukupnya. Dengan bantuan vitamin, badan ibu berupaya menghasilkan susu yang berkualiti, lebih pekat dan dalam kuantiti yang banyak.

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY


0 comments:

Post a Comment