/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Friday 22 June 2012

Pin It

Kelebihan Syaaban

syaaban

Alhamdulillah memasuki hari ke-2 bulan Syaaban yang penuh dengan barakah ini. Syukur rasanya bila dapat membantu ibu-ibu yang hadapi masalah susu merudum dan ramai yang sudah dapat kumpul stok untuk baby. Prepare nak puasa lah katakan. Tambah seronok bila tiap-tiap hari ada je customer yang sms atau PM di Fb untuk beritahu yang mereka amat berpuas hati dengan produk yang mereka pakai. Itu lah bagusnya Shaklee. Memang diyakini keberkesanannya. Wahh macam iklan gitu…. Tapi hari ini saya bukan nak bercerita pasal Shaklee ya. Hari ini nak berkongsi sedikit tentang kelebihan bulan Syaaban ini.



Rasulullah S.A.W pernah berkata

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”

Riwayat Al-Hadis

Malah menurut Siti A’isyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah adalah bulan Syaaban. Apakah kelebihan-kelebihan bulan Syaaban?

  1. Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. (Al-Hadis)
  2. Barangsiapa berpuasa sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah ke atasnya sakaratul maut, dilepaskan darinya kegelapan kubur, dilepaskan dari huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup oleh Allah keaibannnya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. (Al-Hadis)
  3. Barangsiapa berpuasa pada awal Khamis dan akhir Khamis di bulan Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. (Al-Hadis dari kitab Al-Barkah)
  4. Barangsiapa berpuasa 3 hari di bulan Syaaban, kemudian dia berselawat ke atasku beberapa kali sebelum berbuka, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang lalu dan diberkatkan rezekinya. (Al-Hadis)
  5. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah dan saham akhirat selagi masih diberi peluang bernafas di bumi Allah yang sementara ini. Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment