/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Sunday 17 June 2012

Pin It

Orgasme Kemuncak Seks Wanita

women_sex_1116Wanita mempunyai reaksi berbeza terhadap rangsangan hubungan kelamin. Clitoris atau kelentit bahagian kelamin wanita yang paling sensitif kerana derianya sangat halus dan peka. Disebabkan itu, ramai wanita berkehendakkanrangsangan yang berterusan di bahagian clitoris untuk mencapai orgasme.


Pergerakan zakar yang keluar masuk melalui liang faraj akan memberikan rangsangan kepada clitoris. Semasa orgasme, otot-otot perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher akan menegang dan otak akan berhenti berfikir buat seketika. Setelah itu, barulah keadaan semuanya kembali normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian. Dan berbeza dengan kaum lelaki, wanita mampu mengalami orgasme berganda dalam satu hubungan seksual.


Mengikut kajian, hampir semua lelaki akan mengalami orgasme tetapi majoriti wanita tidak mengalami orgasme akibat kurang rangsangan. Malah kebanyakan wanita tidak boleh mencapai orgasme melalui pergerakan zakar keluar masuk tetapi memerlukan rangsangan luaran yang berterusan pada clitoris. Dan perkara ini  harus dibawa berbincang dengan pasangan kerana rata-rata suami tidak menyedarinya. Jadi, mencapai orgasme bukanlah semudah yang dibayangkan.

 

Apakah kesannya hubungan seksual tanpa orgasme?
  • Membawa kepada gangguan emosi seperti kemurungan
  • Menjadi seorang yang pemarah dan mudah histeria
  • Sukar tidur
  • Membawa kepada sakit saraf
  • Mengikut kajian sorang pakar sakit puan dari Austria, dalam 100 orang perempuan yang menghidap sakit rahim, 70 daripadanya menderita akibat rahim terlalu dipenuhi dengan darah kesan jangka panjang daripada hubungan seksual tanpa orgasme.

 

Bagi kita orang Melayu, isu ini umpama ‘taboo’ dan tidak boleh dibincangkan. Tetapi di dalam hubungan suami isteri, isu seumpama ini jika tidak dibawa berbincang boleh meruntuhkan rumah tangga kerana hubungan kelamin yang sihat adalah intipati utama perkahwinan. Orgasme adalah tanggungjawab suami. Kerana itulah Rasululah S.A.W pernah menganjurkan agar suami memerhatikan keadaan isteri semasa bersetubuh dan janganlah lekas mengakhiri persetubuhan selagi isteri belum mencapai kemuncaknya.

 

Sabda Rasulullah S.A.W

Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai hajatnya sebelum hajat isterinya, maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai hajat isterinya itu.

(Hadis riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY


0 comments:

Post a Comment