/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Monday 11 June 2012

Pin It

Penyusuan Susu Ibu Semudah ABC

outdoor BFBenarkah penyusuan susu ibu semudah ABC? Ya dan Tidak. Kenapa? Proses penyusuan adalah satu proses semulajadi di mana badan seorang ibu akan menghasilkan susu untuk bayinya. Mudahkan? Kenapa pula proses ini boleh menjadi sukar?
Tetapi proses penyusuan susu ibu akan menjadi sukar dan terganggu jika seorang ibu itu melaluinya tanpa sebarang ilmu penyusuan. Jadi proses penyusuan susu ibu akan menjadisemudah ABC jika anda memahami proses penyusuan dan penghasilan susu ibu itu sendiri.

 
Fakta tentang penyusuan susu ibu?
  1. Kelenjar susu berkembang ketika Trimester Ke-2 hasil daripada peningkatan hormon estrogen, laktogen dan hormon lain bagi menyediakan payudara ibu untuk mengeluarkan susu.
  2. Perubahan hormon sebaik ibu bersalin akan mengaktifkan hormon prolaktin yang akhirnyamencetuskan pengeluaran susu.
  3. Sebaik lahir, hisapan pertama bayi akan mengaktifkan hormon prolaktin yang kemudianmengaktifkan hormon oksitosin yang bertanggungjawab untuk pengeluaran susu ibu. Ini memastikan kejayaan proses penyusuan anda.
  4. Payudara ibu akan sentiasa menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi selagi adarangsangan. Makin kurang rangsangan makin kurang penghasilan susu. Ini adalah konsep Demand & Supply.
  5. Penghasilan susu ibu perlukan air. Kekurangan air boleh menjejaskan penghasilan susu ibu.
  6. Penghasilan susu ibu memerlukan ibu mengambil diet seimbang. Malah susu lebih banyakdihasilkan ketika anda kenyang berbanding ketika anda lapar.

 

Semakin bertambah Demand (rangsangan) semakin banyak susu dihasilkan (Supply). Selagi anda memenuhi kehendak penyusuan dan melaksanakan Demand & Supply, percayalah anda tidak akan mengalami masalah penyusuan. Sebaik sahaja konsep Demand & Supply terganggu, kelancaran proses penyusuan akan mula terganggu. Itulah juga punca utama penghasilan susu ibu merudum.

 

Apakah perkara yang mengganggu Demand & Supply?
  1. Melakukan penyusuan mengikut jadual. Ramai ibu mengejutkan bayi 2-3 jam sekali untuk menyusu tapi sebaiknya susukan anak mengikut keperluannya.
  2. Memendekkan tempoh penyusuan atau menghentikan proses penyusuan sebelum bayi melepaskan ‘latch’.
  3. Bayi kerap tidur. Dalam kes ini, kejutkan bayi sekurang-kurangnya 2 jam sekali untuk meningkatkan rangsangan bagi mengoptimumkan penghasilan susu.
  4. Memberikan bayi makanan tambahan atau susu formula
  5. Memberi bayi minum melalui botol.Bayi suka botol kerana senang minum, tidak perlu menyedut dengan kuat dan tidak perlu usaha keras untuk minum susu. Tetapi ini juga mengurangkan keinginan untuk direct feed.
  6. Memberi bayi puting tiruan. Bayi akan keliru dan akan mengurangkan keinginannya untuk direct feed.
  7. Penggunaan pil perancang mengganggu penghasilan susu. Jadi elakkan pil perancang dalam 2 bulan terawal selepas bersalin.

Untuk mengatasi masalah ini cuba ikuti langkah-langkah di bawah:
  1. Tambahkan rangsangan melalui direct feeding dan pump. Jika susu sudah terlalu sedikit, anda harus pump 2-3 jam sekali.
  2. Minum air kosong minimum 3L sehari dan amalkan 1 gelas air kosong setiap kali meyusukan bayi.
  3. Amalkan makanan bersifat penggalak susu seperti halba, oats, alfalfa, lobak putih, longan kering, kurma, air soya, sawi dan sebagainya. Namun keberkesananya berbeza mengikut individu.
  4. Amalkan supplement untuk menyempurnakan nutrisi ibu dan lancarkan penyusuan.

Khusus buat ibu-ibu yang dalam usaha mengumpulkan stok susu buat si manja, di sini saya berkongsi tips mengepam mudah-mudahan hasilnya lumayan.
  1. Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
  2. Tenangkan diri - perkara pertama dan paling utama adalah bertenang. Stress mengurangkan pengeluaran susu. Jadi, tenangkan diri ya.
  3. Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.
  4. Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.
  5. Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyuman dia, suara dia.
  6. Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.
  7. Jangan lihat hasil tenusu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya.


Proses penyusuan sememangnya satu proses semulajadi. Namun, ia boleh terganggu sekiranya ibu tidak mempunyai ilmu tentang proses penyusuan susu ibu. Jika anda berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya, dapatkanlah seberapa banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu sejak mengandung lagi. Ilmu adalah penting untuk membantu anda memastikan proses penyusuan yang lancar.


Ingatlah bahawa konsep asas pennyusuan adalah Demand & Supply. Semakin kerap anda menyusu atau pump, semakin banyak susu dihasilkan. Pump murah atau mahal tidak menjadi persoalan. Tapi soalnya adakah anda cukup berdisiplin, konsisten dan sanggup mengerah tenaga dan masa untuk pump susu buat si kecil? Selain itu, sentiasa yakin dan positif bahawa SUSU SAYA BANYAK dan sentiasa berdoa minta dimurahkan rezeki anak.

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY


0 comments:

Post a Comment