/* ---Adding Jquery JavaScript Plugin--- */

Friday 15 June 2012

Pin It

Tips Menyusukan Anak Ketika Berpuasa

breast milkDengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba, pasti ramai ibu yang risau dan tertanya-tanya mampukah berpuasapenuh 1 bulan dan dalam masa yang sama terus menyusukan anak tanpa sebarang masalah. Saya pasti ramai juga ibu-ibu yang tengah berkejar nak habiskan puasa ganti kan. Ini termasuklah saya sendiri. Masih berusaha nak habiskan puasa ganti yang tak seberapa itu. Ramai juga ibu yang menghubungi saya bertanyakan tips untuk melancarkan penyusuan semasa berpuasa. Jadi, sekadar perkongsian, ini adalah tips menyusukan anak ketika berpuasa. Moga bermanfaat buat semua.


1. Menyimpan stok EBM

  • Sebaiknya ibu membuat persediaan awal beberapa bulan sebelum Ramadhan dengan menyimpan stok EBM sebanyak yang boleh. Ibu yang bekerja sudah tentu memerlukannya tapi buat suri rumah, sebaiknya anda menyimpan stok EBM dari hari ke hari jika khuatir susu tidak cukup buat bayi ketika berpuasa di siang hari. Maksudnya, pump malam untuk kegunaan esok harinya.
2. Amalkan makan kurma 3 biji sehari semasa sahurkurma
  • Kurma boleh memberikan tenaga segera kepada badan dan mempunyai pelbagai nutrients di dalamnya. Jadi, kurma amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu perlukan lebih kalori untuk menghasilkan susu. Menu wajib saya kurma + ESP horlick. Sedap dan kenyang Winking smile
3. Makan cukup 3x sehari
  • Ibu menyusu amat memerlukan kalori untuk membolehkan tubuh ibu menghasilkan susu. Jadi pastikan makan cukup 3x sehari (sahur, buka puasa dan sebelum tidur). Di antara waktu berbuka dan tidur, kerapkan makan dalam kuantiti sedikit. Jika takut gemuk, makan snek yang menyihatkan seperti buah, kekacang, biskut oat.
4. Amalkan diet seimbang atau ambil supplement
  • Pemakanan mesti dijaga jika mahu penyusuan lancar semasa berpuasa. Pastikan badan mendapatnutrisi secukupnya. Digalakkan ambil supplement khusus untuk membantu penyusuan. Saya amalkan Shaklee. Set penyusuan kami memang direka khusus untuk memberikan tenaga kepada badan, fokus dan emosi yang stabil kepada ibu. Jadi tiada stress. Bila tiada stress penghasilan susuakan berjalan lancar. Jangan lupa ambil milk-booster seperti Alfalfa, ESP dan Ostematrix (Kalsium Shaklee) untuk membantu melancarkan lagi penyusuan.
5. Pengambilan air kosong 2-3 liter sehari
  • Penghasilan susu memerlukan air. Jadi, ibu menyusu wajib minum air kosong sekurang-kurangnya2-3 liter sehari. Jadi, di antara waktu berbuka hingga sahur, sentiasa minum air kosong. Isikan di dalam botol kecil agar mudah di bawa ke mana-mana. Saya sentiasa letak 1 botol air kosong di tepi katil. Elakkan minum minuman berais dan bergas.
6. Bertenang, rileks dan positifkan minda
  • Penyusuan melibatkan 2 hormon utama iaitu Oksitosin dan Prolaktin. Secara umumnya, hisapan bayi/pump menghasilan hormon Prolaktin yang membuatkan kelenjar susu menghasilkan susu.Oksitoson pula menyebabkan otot payudara mengecut dan mengeluarkan susu. Jangan terlalu risau susu tidak cukup sebab stress, kepenatan dan fikiran negatif menghalang penghasilan 2 hormon ini dan secara tidak langsung penghasilan susu terganggu.
7. Kerapkan direct feed dan pump
  • Seperti yang anda tahu, penghasilan susu ibu adalah berdasarkan Demand & Supply. Semakin tinggi Demand, semakin banyak Supply. Demand terjadi melalui hisapan bayi atau pump. Maknanyalagi kerap bayi menyusu, lagi banyak susu dihasilkan. Lagi kerap anda pump/kosongkan breast, lagi banyak susu dihasilkan kerana badan ibu mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu.


Pendek kata, penyusuan susu ibu boleh berjalan lancar walaupun ibu berpuasa. Positifkan minda, tenang dan rileks serta yakin pada diri bahawa susu tetap banyak dan anda mampu berpuasa. Pastikan andalaksanakan konsep Demand & Supply. Jika anda kurang menyusukan bayi dan kurang pump kerana takut penat dan susu merudum, percayalah susu anda akan mula merudum. Ini kerana anda sudah kurang memberi rangsangan kepada badan anda untuk terus menghasilkan susu. Ingat bahawa kekurangan susu semasa berpuasa bukanlah disebabkan anda berpuasa tetapi kerana anda mengurangkan rangsangan melalui direct feeding atau pump.

 

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan sokongan anda dengan Like, Tweet, +1 atau Share di bahagian kiri page. Terima kasih ^_^


Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee, sila hubungi saya untuk mendapatkan info lanjut di 013-3445223 atau add FB saya Aimi Shaklee. Pastikan anda membeli dengan saya atau pengedar yang betul bagi mendapatkan panduan makan yang betul dan berkesan ya. KONSULTASI PERCUMA SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER LIFEFIT.MY

 

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

0 comments:

Post a Comment